Wednesday, March 18, 2015

" Kembo Kembi "

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
hari ni 19 March adalah hari yang agak bermakna kepada saya dan pasangan kembar saya. Sedar tidak sedar, kami sudah pun menganjak umur 20 tahun.. owh.. terlalu cepat rasanya.. pelbagai dugaan yang kami lalui bersama.. ok la, saya sedikit sebanyak ingin menceritakan tentang kami sebagai pasangan kembar yang tidak jauh bezanya antara satu sama lain..

MEDAN PERTEMUAN KITA YANG PERTAMA..

ingat lagi tak ketika berada di alam ini yang indah saat kita bersama..kita pernah dalam satu alam yang sama..hanya kita berdua sahaja tahu apa yang berlaku saat itu, kita  pernah berjanji dengan Allah akan sama-sama harungi dunia ini..agak-agak ingat lagi tak??

sampaikan kehadiran salah seorang dari kita disitu dirahsiakan.. bukan apa, untuk menghadirkan  rasa kesyukuran kepada Pencipta kita. Terasa gembiranya tinggal bersamakan, kau dan aku makan benda yang sama, hisap jari sama-sama,kadang-kadang kita main tendang sama-sama... entah-entah.. kita pernah gaduh kot siapa yang nak jadi kakak, adik... ha..ha..

indahnya nikmat dialam kita tinggal tanpa cubaan dunia,walaupun begitu, kita tidak boleh tinggal lama dalam alam kita berdua. kita bukanlah Imam Syafie yang boleh membesar begitu lama di alamnya..alam yang dimaksudkan itu adalah alam rahim seorang ibu..emak kita,"Jamnah binti Abdul Hamid".. saat mahu melihat dunia,kita telah buat meeting tergempak, siapa yang akan lihat wajah emak dahulu.. kau dan aku telah bertanding di pilihan raya..Allah sebagai hakim, majoriti dimenangi oleh kau..

disebabkan kita telah berjanji akan berbakti ke dunia untuk Allah dan Rasul bersama-sama.. dalam usia yang terlalu muda, 7 bulan tersebut ditakdirkan kita akan meninggalkan rahim emak yang penuh dengan moment yang indah..demi Allah dan Rasul, aku membenarkan kau mendahului langkah perjalanan ke medan penuh cabaran yang dinamakan dunia... setelah 5 minit kemudian, terlihatlah aku dan kau dihadapan "mak dan ayah" dengan seribu kegembiraan.

MEDAN PERTEMUAN KITA YANG KEDUA..

Alhamdulillah..akhirnya kau menjadi kakak yang akan mencontohi keimanan seperti serikandi yang agung, Masyitah yang berkorban demi iman dan islam.. aku juga akan menyusuri langkah ku ini agar menjadi salah seorang bidadari di syurga nanti, seperti kisah Ainul Mardhiah.. insya'Allah..

setahun demi setahun, kita kian membesar dan menjadi dewasa... apa yang kau lalui, aku turut bersama..mengorak langkah, adakalanya kau jatuh,aku akan memapah agar kau tidak terus hanyut dibawa arus dunia yang penuh pancaroba.. demikian juga kau, jika aku tidak mampu bertahan, kaulah yang membenarkan aku berpaut disisi kau agar aku tidak terus rebah..

kau dan aku bagaikan satu diari yang menyimpan seribu rahsia.. kau juga akan mencorakkan diari aku agar menjadi satu.. kita diibaratkan cerminan diri kita yang sebenarnya,kau merupai aku, aku juga mirip merupai kau.. kita berjanji akan melengkapi antara satu sama lain, jika cermin itu ada yang pecah atau retak, cepat-cepatlah kita menyambungnya semula sebelum pecah berderai...

kisah kita adalah sama, feeling kita juga sama.. jika aku sedih, kau turut merasainya.. jika kau sakit, aku juga turut sakit..dan kita sanggup mahu merasai sakit itu bersama-sama.. tidak hairanlah kalau hari ini aku demam, esok juga kau akan demam... kisah kita hanya kita yang dapat merasainya, belum tentu orang sekeliling dapat merasainya..

perjalanan kehidupan kita tidak akan menjadi sempurna tanpa keluarga, teman dan orang sekeliling..kadang-kala, saat kita lemah tidak berdaya, kita perlukan sokongan orang yang ketiga.. betul tak??

orang sekeliling itu akan membuat kita berdua lebih semangat untuk terus maju... tidak kiralah siapa orang itu.. serba sedikit memberi kekuatan kepada aku dan kau... terlalu specialnya mereka yang menjadi orang ketiga itu, jika di rumah, terlihatlah kegembiraan, gelak ketawa, suka dan duka kita bersama..kegembiraan dan susah senang kita selama ini tidak akan lengkap tanpa orang yang ketiga, iaitu adik Siti Ais'hah..dialah yang menyuburkan cinta, kasih dan sayang kita agar menjadi satu.....

Betapa untungnya, mereka yang pernah menjadi orang yang ketiga antara kita di medan menuntut ilmu, di sekolah mahupun di kolej... sedar atau tidak, orang ketiga itu boleh dikatakan teman tapi mesra. ke mana sahaja kau dan aku pergi, sudah pasti dia menjadi orang tengah di antara kita... ha..ha..ha... erm... aku pun tidak pasti mengapa perlu bertiga..itu kalau bertiga. namun kisah perjalanan ini banyak dilalui oleh kita berdua sahaja 'aku dan kau'...

tujuan aku menulis ini bukanlah mahu menceritakan tentang kau dan aku... hanya mahu memberitahu kau ada dalam diriku,dan juga aku sentiasa bersama kau... aku berharap apa pun rintangan yang mendatang, aku harap kau sentiasa di sisiku... walau saat waktu memisahkan kita, aku berharap akan turut menuruti kau dan bersama-sama hingga ke syurga...

sekian...



Saturday, March 14, 2015

Redha, Nescaya Anda Selamat

Keredhaan akan menciptakan kertenangan, hati yg redha akn yakin sepenuhnya kpd janji Allah dn RasulNya..

Begitulah, keredhaan akan memberikan ketenangan, sesuatu yg paling berharga. Kerana ketenangan akn membuat hati tegar, kradaan terkawal, dan hati menjadi jernih.

Ketika ketenangan itu hilang, maka dengan serta-merta kegembiraan, rasa aman, dan kedamaian hidup, juga akan lenyap.

Itu bererti bahawa nikmat terbesar yg Allah berikan kpd hambanya adalah ketenangan di dalam hati..

Seorang penyair mengatakan:

Demi cinta kami krpadaMu
Kami meneguk pahitnya kehidupan
Kerana pedihnya perpisahan
Dan bukan mengeluh kerana peristiwa tragis
Yang kami alami..
Kami gembira dan senang
Bila selalu menyebutMu
Dan dambaan hati kami selamanya
Adalah bersua denganMu...


Tuesday, March 10, 2015

Ubat Kecewa

بسم الله الرحمن الرحيم
..السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

..الحمدلله

Sedikit perkongsian kita bersama..insya'Allah boleh menjadi manfaat untuk kita terus berdiri di muka bumi Allah ini dengan berbekalkan ilmu yang akan saya sampaikan..

Seperti kebiasaan, saya akan menghabiskan masa-masa saya yang terluang untuk murajaah di maktabah kolej.. Maklumlah, banyak yang perlu dilakukan sebagai seorang pelajar..tak begitu?? 
Dipendekkan cerita, seorang sahabat saya telah bercerita mengenai tugasan-tugasan yang perlu dia siapkan dalam tempoh waktu yang terdekat.

Ermm..nampak relaks je kawan saya ni walaupun banyak yang dia perlu siapkan...Dalam tak sedar kawan saya asyik memerhati gelagat saya yang mengeluh sejak tadi. Ermm..mana tak mengeluhnya, habis semua rak buku yang ada ditingkat dua itu saya cari..tak jugak jumpa buku yang boleh dibuat rujukan...

Melihat keadaan itu, dia ajak saya duduk untuk bertenang sebentar..dia pun mula membuka bicara dengan nada yang lemah-lembut menasihati saya. Pada hari itu saya dapat sedikit pengisian dari sahabat saya itu yang bercerita tentang "kecewa"..Melalui kisah yang disampaikan, memang menusuk ke dada.. Dia bertanya kepada saya, bagaimana nak hilangkan perasaan kecewa??.. Pertama sekali, ingat kembali kita pada Allah..sebutlah inna lillahi wa inna lillahi ilaihi roji'unn..
Ayat ini menyampaikan kepada kita agar kembali kepada Allah..apa-apa pun yang boleh membuat kita kecewa ataupun putus asa segera kembali kepada Allah..bukan ke Allah itu as-sami'?? oleh itu, berdoalah kepada Allah.Kedua, baca al-Qur'an...insya'Allah...berjaya mengatasi masalah kekecewaan itu.

Sekian dari saya,
~Warqah Da'ie~  

Sunday, March 8, 2015

Kembali Pada Maha Pencipta

Kadang-kadang kita rasa diri kita ni lebih hina sangatkan...
kadang-kadang tu rasa diri ni tak serba senang..
Rasa seperti ada sesuatu sahaja yang tidak kena dengan diri kita..
Cuba fikir, renugkan,..akhirnya terjawab..
sebenarnya hati kita ni KOSONG!! itu yang membuatkan kita hendak menangis...sedih...
Hati kosong sebab apa??? sebab kita telah lalai dalam mengingati Allah..
Bila sudah begitu, cuba kita kembali kepada Allah..solat tahajud, baca al-quran, zikir, qiammulail..
Insya'Allah hati kita kembali tenang...

#hatiinimiliksiapa-ALLAH