Saturday, March 14, 2015

Redha, Nescaya Anda Selamat

Keredhaan akan menciptakan kertenangan, hati yg redha akn yakin sepenuhnya kpd janji Allah dn RasulNya..

Begitulah, keredhaan akan memberikan ketenangan, sesuatu yg paling berharga. Kerana ketenangan akn membuat hati tegar, kradaan terkawal, dan hati menjadi jernih.

Ketika ketenangan itu hilang, maka dengan serta-merta kegembiraan, rasa aman, dan kedamaian hidup, juga akan lenyap.

Itu bererti bahawa nikmat terbesar yg Allah berikan kpd hambanya adalah ketenangan di dalam hati..

Seorang penyair mengatakan:

Demi cinta kami krpadaMu
Kami meneguk pahitnya kehidupan
Kerana pedihnya perpisahan
Dan bukan mengeluh kerana peristiwa tragis
Yang kami alami..
Kami gembira dan senang
Bila selalu menyebutMu
Dan dambaan hati kami selamanya
Adalah bersua denganMu...


1 comment: