Wednesday, July 27, 2016

Kotak Keceriaan

Bulan sinar menyinari kegelapan,
Si murai bertenggek di atas pepohon nan hijau,
Dikala dinihari menyingkap keindahan fatarmogananya,
Kicauan beburung membelah awan dengan riangnya,
Ku mencintai derusan ombak pantai yang mengagumkan,
Inilah yang ku dambakan setiap lorong kehidupanku ini..


Tersedar aku dari lamunan yang mengasyikkan,
Keindahan fatarmogana yang tersergam indah tidak terperinya,
Membuatku terleka sejenak dengan hembusan bayu dingin yang menusuk kalbu,
Sehingga ku menyangka ku berada di alam fantasi yang mengkhayalkan,
Pemandangan yang mempesona itu mendorong fikiranku menyatakan inilah syurgaku,
Kehadirannya seperti kotak yang dihiasi pelbagai keceriaan..


Masihku ingat seorang nelayan yang menggunakan kudratnya,
Untuk menampung kehidupan dengan hasil tangkapannya,
Kudrat itulah yang mampu melawan badai dan ombak menggulung,
Hanya untuk mencari secicit rezeki yang halal,
Lumrah kehidupan itu menjadikan mereka mampu mengharunginya,
Itulah rahsia yang dijanjikan oleh Allah pada setiap kejadian-Nya..







Detik ini tidak lagi ku dengari deruan ombak yang menggamit hatiku,
Mungkinkah hilangnya kotak keceriaanku selama ini,
Ku lihat di langit tiada senyuman sang matahari,
Malah burung juga tidak sanggup menjamah awan,
Pasir memutih kekilauan menjadi arang..



Wahai bangsaku yang ku cintai,
Mungkin ini hanya imaginasiku sahaja,
Ku harap tanggapan itu dilayangkan oleh tiupan angin bayu,
Yang ku mahu mahkota hatiku menyinari buat selama-lamanya,
Mengelapi suasana bagai mutiara di lautan yang dihiasi gemerlipan,
Ku bersyukur ke hadrat Ilahi,
Dikurniakan teman yang boleh mengembalikan ketenangan dan kedamaian..





Wednesday, July 20, 2016

Maafkan..



Terimbau dikala ini kepada sebuah pertemuan,
Sungguh manis tatkala rindu itu menyapa,
Di sebalik senyuman itu menyimpan satu harapan,
Agar jalinan kasih sayang ini kekal abadi.

Menyimpan seribu angan-angan yang sama,
Mahu mencapai langit dan mengapai awan,
Mengorak langkah bersama,
Memegang erat tangan agar impian itu tercapai.

Namaun, terlihat  ikatan itu semakin hari semakin renggang,
Seakan-akan tidak mampu lagi untuk bertahan,
Bagaikan ikatan tali yang mahu terputus,
Satu demi satu ikatan terlerai dan terus terlerai.

Semuanya tidak boleh dicantumkan seperti dulu,
Kerana lidah itu tidak bertulang,
Membuatkan hati mahu menjauh,
Mencari ketenangan yang entah hilang kemana.

Hati semakin hiba melihat ukhuwah itu terlerai,
Seakan seperti ego menguasai diri masing-masing,
Tidak mahu mengalah kepada sebuah persefahaman,
Membuatkan diri ini membawa diri.










Mencari kebenaran setiap yang berlaku,
Hingga membawa diri ini untuk hidup dalam kedamaian,
Memulakan dengan sentiasa berfikir kita hanyalah hamba ilahi,
Mencuba mengukir satu garisan senyuman.

Hanya sekadar yang biasa,
Tidak mahu hati ini kecewa lagi,
Dan ternyata hati ini telah bersedia menerimanya kembali,
Tetapi tidak seindah kisah cerita hati yang dahulu.

Ya, memaafkan dirinya,
Itu yang pasti dikala ini,
Walaupun tidak pasti hari akan mendatang,
Hanya mengharapkan redha Ilahi pada kita semua…



                                                                                                                       Nukilan,