Terimbau dikala ini
kepada sebuah pertemuan,
Sungguh manis tatkala
rindu itu menyapa,
Di sebalik senyuman itu
menyimpan satu harapan,
Agar jalinan kasih sayang
ini kekal abadi.
Menyimpan seribu
angan-angan yang sama,
Mahu mencapai langit dan
mengapai awan,
Mengorak langkah
bersama,
Memegang erat tangan
agar impian itu tercapai.
Namaun, terlihat ikatan itu semakin hari semakin renggang,
Seakan-akan tidak mampu
lagi untuk bertahan,
Bagaikan ikatan tali
yang mahu terputus,
Satu demi satu ikatan
terlerai dan terus terlerai.
Semuanya tidak boleh
dicantumkan seperti dulu,
Kerana lidah itu tidak
bertulang,
Membuatkan hati mahu
menjauh,
Mencari ketenangan yang
entah hilang kemana.
Hati semakin hiba
melihat ukhuwah itu terlerai,
Seakan seperti ego
menguasai diri masing-masing,
Tidak mahu mengalah
kepada sebuah persefahaman,
Membuatkan diri ini
membawa diri.
Mencari kebenaran
setiap yang berlaku,
Hingga membawa
diri ini untuk hidup dalam kedamaian,
Memulakan
dengan sentiasa berfikir kita hanyalah hamba ilahi,
Mencuba mengukir
satu garisan senyuman.
Hanya sekadar
yang biasa,
Tidak mahu
hati ini kecewa lagi,
Dan ternyata
hati ini telah bersedia menerimanya kembali,
Tetapi tidak
seindah kisah cerita hati yang dahulu.
Ya,
memaafkan dirinya,
Itu yang
pasti dikala ini,
Walaupun tidak
pasti hari akan mendatang,
Hanya mengharapkan
redha Ilahi pada kita semua…
Nukilan,
No comments:
Post a Comment